POTRAIT CINTA


Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang, jatuh bangun sebuah kehidupan berumah tangga demi melihat kemerkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya generasi zuriat sebagai pejuang menggalas kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga sekiranya dibina dangan tapak semaian keimanan, ketakwaan dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehahserta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup. Nabi pernah bersabda :

" Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan agamanya. Oleh itu, utamakan wanita beragama nescaya kamu akan beruntung." (hadith riwayat muslim)

Apa yang dapat kita fahami, dari maksud hadith di atas ialah ciri-ciri paling baik dalam memilih calon bakal isteri yang mempunyai pengetahuan dan beramal dengan ajaran agama. Mungkin pernah terlintas dibenak hati kita memiliki gadis yang memahami perasaan dan bersedia menyelami setiap pahit maung hidup seorang suami yang terpaksa bekerja keras dalam memikul amanah yang cukup banyak.

Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam amat menekankan isu ini disebabkan kesannya dalam kehidupan bermasyarakat dn keharmonian dalam negara adalah amat besar kerana jika pergaduhan dan penceraian diantara suami dann isteri kan mengakibatkan rumahtangga dan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian, bagaimana generasi pelapis negara dapat dilahirkan? sudah tentu apa yang diharapkan ibarat "bermimpi disiang hari" semata-mata.

Tanggungjawab membentuk rumahtangga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat. Justeru, keteguhan dalam pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran hidup berumahtangga. Allah taala berfirman :

" Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak itu adalah ujian, dan sesungguhnya disisi Allah Taala jualah pahala yang besar." al anfal (8:28)

Sehubungan dengan itu sebagai bakal ibu dan bapa kepada bakal anak-anak, kita hendaklah menyemai benih yang ditanam dalam hamparan semaian iman sejak kecil lagi bila mereka besar kelak akan bercambah biak padanya asas pengetahuan agama sekaligus melebar luas pada sahsiah ruhiah dalam yang mantap. Allah Taala berfiman :

" Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap - Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan -kenikmatan tetapi kamu membenci Ku dengan berbuat maksiat -maksiat. Kebajikan Kuturunkan kepadamu dan kejahatan - kejahatanmu naik kepada Ku. Selamannya malaikat yang mulia datang melaporkan tentang kamu setiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya." (Hadis Qudsi)



Tip Menolak Permusuhan

* Memaafkan,tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
* Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam,tanpa membalas.
* Kenangkan detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan "musuh" kita itu.
* Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
* Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.

Membiasakan Anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran

Rasulullah SAW pernah bersabda :
Didiklah anak-anakmu denga tiga perkara : Mencintai Nabimu, Mencintai Ahlul Baitnya, dan Membaca Al quran kerana orang-orang yang memelihara al quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daeipada perlindungan Nya ,mereka beserta para nabi Nya dan prang-orang suci (HR Ath-Thabrani)

50 Keistimewaan Wanita

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita,
Betapa bertuahnyamenjadi wanita,
Bersyukurlah kerana menjadi wanita."

Bagaimanakah perasaan anda hari ini?

Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.

Tangani Sifat Cemburu Buta

Adakah anda pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada senario di bawah ini?
Gaji anda cukup-cukup makan sahaja. Gaji rakan-rakan anda pula agak besar sehingga mereka mampu untuk makan angin di luar negara. Anda pula nak pergi makan angin di Pulau Carey pun rasa mahu terburai poket seluar. Cemburu punya pasal, anda berdoa agar kapal terbang yang dinaiki kawan anda itu terhempas, atau sekurang-kurangnya dirampas oleh pengganas.

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu


•Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."
Abu Umamah r.a